"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal

Hyprobulksms

Iktibar dari Al-Quran

Saturday, January 9, 2010

Susur Galur Perguruan

Silat Cekak telah diasas dan dilahirkan kembali oleh pemimpin Agung, Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad pada tanggal 5 Ramadan 1385 bersamaan 28 Disember 1965.

Silat ini berasal dari Kedah dan berdasarkan dari cerita guru ke guru silat ini pernah digunakan oleh panglima panglima kanan istana di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II .

Salasilah Silat

Bernaung di bawah Perkumpulan Sari Budaya Negeri Kedah pada tahun 1963,Silat Cekak kemudiannya bergerak di bawah nama Persatuan Bawean Putra pada tahun 1970,Persatuan Seni Silat Kedah Malaysia tahun 1975,Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia sejak 1994.

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang artikel, gambar atau apa sahaja aktiviti berkaitan dengan Silat Cekak yang ingin dihebahkan jangan segan dan jangan silu. Sila hantarkan kepada cekakhanafisdk@gmail.com