"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal

Iktibar dari Al-Quran

Saturday, January 2, 2010

Sillibus Pembelajaran

Ciri-ciri Pembelajaran

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Silat Cekak diajar secara berpekej dan berkumpulan dan selalunya memerlukan diantara 6 – 8 bulan untuk tamat dengan kelas sebanyak 2 kali seminggu.

Pembelajaran selalunya dimulakan dengan pertemuan di antara Guru Utama Silat Cekak di dalam upacara ijazah pertama. Dalam pertemuan tersebut, Guru Utama Silat Cekak akan memberi izin kepada bakal penuntut untuk mempelajari Silat Cekak dan penunut tersebut dikehendaki berjanji untuk menurut segala pantang larang dalam silat tersebut. Hanya selepas proses pengijazahan ini berlaku barulah penuntut tersebut dikenali sebagai ahli Seni Silat Cekak dan boleh menerima matapelajarannya.

Teknik berdiri lurus semulajadi di dalam Silat Cekak

Terdapat beberapa peringkat pembelajaran dalam Silat Cekak.

Kaedah D - Peringkat Asas

Peringkat permulaan adalah peringkat asas. Pada peringkat asas ini para penuntut akan diajar 4 kaedah asas dan juga buah – buah asas Silat Cekak sebanyak 20 buah kesemuanya. Jangkamasa pembelajaran selalunya mengambil masa selama sebulan hingga dua bulan.

Peringkat Jatuh - Keputusan Terlak

Peringkat seterusnya adalah peringkat buah jatuh yakni peringkat dimana para penuntut akan diajar cara – cara untuk menghabiskan buah asas dan juga pecahan – pecahannya. Jangkamasa pembelajaran adalah lebih kurang sebulan hingga sebulan setengah.

Selepas selesai mempelajari peringat buah jatuh, para pesilat akan masuk ke peringkat potong.
Sebelum penuntut dibenarkan untuk mengikuti matapelajaran peringkat potong, mereka dikehendaki untuk sekali lagi melalui proses pengijazahan bersama Guru Utama.

Peringkat potong adalah peringkat dimana para penuntut akan diajar cara untuk memotong buah – buah yang telah dipelajari pada peringkat jatuh. Pada peringkat ini juga, para pelajar akan diajar 2 mata pelajaran untuk menangkis serangan pisau. Jangkamasa pembelajaran dalam peringkat potong adalah lebih kurang 2 bulan.

Setelah selesai memperlajari buah – buah potong, para penuntut akan sekali lagi diijazahkan oleh Guru Utama bagi menandakan penuntut itu telah memasuki peringkat tamat.

Pada peringkat tamat, para penuntut akan diajar teknik 6 tolak 6 yakni satu teknik di mana sekiranya terjadi pergaduhan di antara 2 penuntut Silat Cekak, kedua-dua ahli ini tidak dapat mengalahkan diantara satu sama lain menjadikan keputusannya seri. Teknik ini menjadi bukti secara praktikal sumpah ke empat dalam Silat Cekak dimana ahli sesame ahli tidak boleh bergaduh.

Di peringkat ini juga para penunut akan diajar cara – cara untuk menyerang dan juga aplikasinya.
Pada peringkat tamat ini juga para penuntut akan diajar cara-cara untuk menangkis serangan-serangan dari seni beladiri yang lain dan juga serangan-serangan bersenjata.

Dalam semua peringkat persilatan, para penuntut akan berlatih secara berpasangan. Para tenaga penganjar akan samada menunjukkan kepada atau membuat sendiri ke atas para penuntut matapelajaran yang ingin di ajar supaya mereka lebih memahami teknik yang diajar.

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang artikel, gambar atau apa sahaja aktiviti berkaitan dengan Silat Cekak yang ingin dihebahkan jangan segan dan jangan silu. Sila hantarkan kepada cekakhanafisdk@gmail.com