"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal

Hyprobulksms

Iktibar dari Al-Quran

Tuesday, February 2, 2010

Pengenalan

Assalammualaikum

Matlamat laman blog ini diwujudkan ialah :-
  1. Mendedahkan dan memberi maklumat yang tepat, terkini dan cepat kepada warga Silat Cekak khususnya dan masyarakat umum sekitar Sandakan berkaitan dengan matlamat, hala tuju dan manfaat yang diperolehi dengan mempelajari seni beladiri asli Silat Cekak Ustaz Hanafi.
  2. Selain itu, dengan adanya laman blog serupa begini agar dapat mendaulatkan seni budaya pusaka bangsa agar dapat terus kekal sehingga ke generasi akan datang.
Objektif laman blog
  1. Memberi maklumat dengan tepat, pantas dan terkini
  2. Pengisian dalam blog ini diharapkan dapat memberi satu impak kepada kehidupan seseorang berdasarkan nilai-nilai murni serta disiplin yang diterapkan kepada si pengamal.
  3. Menjadikan Blog ini sebagai satu media membincangkan isu-isu semasa serta perbicaraan yang dapat membina minda serta meningkatkan kualiti kerja dalam berpersatuan serta kualiti dalam persilatan.
  4. Memastikan dalam perbincangan sihat dan pemikiran yang bersih dari anasir-anasir yang tidak baik.
Etika berblog
  1. Anda bebas berblog tetapi TIDAK menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menghura-harakan persatuan, pusat latihan dan menyalahi undang-undang negara Malaysia.
  2. Perbincangan hanya berdasarkan fakta yang jelas dan bernas.


Sekian Terima Kasih

Pentadbir Blog
P.L.S.S.C.U.H.S.S

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang artikel, gambar atau apa sahaja aktiviti berkaitan dengan Silat Cekak yang ingin dihebahkan jangan segan dan jangan silu. Sila hantarkan kepada cekakhanafisdk@gmail.com