"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal

Hyprobulksms

Iktibar dari Al-Quran

Monday, February 1, 2010

Kenapa Pentingnya mempelajari Seni Beladiri?

Jawapan tersebut ada disekeliling kita. Anda mungkin pernah melihat atau terdengar atau terbaca di media-media massa kejadian-kejadian seperti ragut, rompak, samun, rogol dan sebagainya. semestinya menakutkan kita semua. Anda semua takut saya juga khuatir.

Persoalannya apakah persediaan anda agar perkara tersebut tidak berlaku kepada anda, apakah langkah-langkah pencegahan anda untuk menghalang perkara-perkara buruk berlaku tadi. Jika berlaku apakah tindakan anda seterusnya....fikirkan mendalam...

Mungkin sekarang anda berasa selamat kerana anda dikelilingi oleh orang-orang yang baik, suasana kerja yang baik, kondisi yang baik dan sebagainya...tetapi anda lupa akan satu perkara biasanya mereka yang berasa dirinya dalam keadaan baiklah akan mendedahkan kepada dirinya risiko bahaya yang dia sendiri tidak dapat bayangkan. Kita mungkin boleh mendabik dada, jika si anu terkena musibah seperti samun...mungkin anda boleh berkata ...ha itulah siapa suruh...nah kan aku dah bagitau... dan bermacam-macam lagi seolah-olah diri dia tidak akan ditimpa musibah sama sekali. Beringat sebelum kena, jangan dah kena baru beringat. Usaha dulu baru bertawakkal jangan bertawakkal baru usaha itu malas namanya.

Balik kepada persoalan diatas kenapa pentingnya mempelajari senibeladiri. Apa jawapan anda ...
  1. Penting atau tidak mempelajari beladiri? Jika tidak penting nyatakan sebabnya...
  2. Adakah polis boleh menjaga anda 24 jam sehari sedangkan banyak kes lagi yang perlu diselesaikan yang jauh lebih penting dari kes anda dan soalan cepu emas...SIAPA ANDA polis nak jaga selama 24 jam? VVIP, VIP atau yang berpangkat...
  3. Berdoa. yap semua orang berdoa tetapi hanya dengan berdoa sahaja tanpa usaha untuk mengubah diri untuk berjaya atau untuk selamat tiada gunanya. Ibarat anda mahu gaji dibayar tinggi tetapi kemahiran anda hanya boleh bercakap tetapi tiada pengetahuan dan kemahiran kerja yang diperlukan oleh majikan. Adakah anda akan diterima kerja...of couze kalau dah rezeki tak kemana...
Fikirkanlah anda, keluarga anda, rakan anda atau masyarakat anda mungkin tidak mahu menjadi mangsa tetapi masalahnya pemangsa atau penjenayah tidak sekali-kali memilih mangsa kerana ia adalah berkonsepkan peluang. Jika ada peluang sapu takde peluang next time, mungkin nama anda dalam senarai. Siapa tahu...Adakah anda mahu perkara seperti dibawah berlaku kepada anda...
sebagai seorang wanita...apa persiapan anda?AWAS: Mereka sentiasa mencari wanita yang hanya tahu menangis dan meronta...Hentikan buli...ya hentikan buli...itulah kempen yang sering kita lihat terpampang di setiap papan tanda sekolah-sekolah tetapi adakah anda boleh hentikan aktiviti bulu sepenuhnya. Itu disekolah bagaimana dengan di IPTA/IPTS gejala buli lebih dasyat dari di sekolah. So selaku ibubapa adakah anda JAMIN anak anda terlepas dari buli...tepuk dada tanya iman...Fikirkan

Ini adalah keratan akhbar mangsa buli. Anda mungkin tidak mahu perkara ini berlaku. So...


ADAKAH PENTING BELAJAR ILMU BELADIRI?

ATAU

ANDA LEBIH SUKA DI PERLAKUKAN OLEH MANUSIA BERSIFAT BINATANG...

TEPUK DADA TANYA IMAN
TEPUK KEPALA TANYA MINDA
TEPUK PERUT TANYA NAFSU




No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang artikel, gambar atau apa sahaja aktiviti berkaitan dengan Silat Cekak yang ingin dihebahkan jangan segan dan jangan silu. Sila hantarkan kepada cekakhanafisdk@gmail.com