"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal

Hyprobulksms

Iktibar dari Al-Quran

Saturday, January 2, 2010

Buletin Cekak

KEMPEN JOM SILAT CEKAK HANAFI DIRASMIKAN

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Kempen Jom Silat Cekak Hanafi telah dirasmikan oleh YB Dato Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Dewan Gemilang Mercu Idaman, German Malaysia Institut pada 20hb Disember 2009.


MAJLIS MAKAN MALAM PERHIMPUNAN RAKAN WAJADIRI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2009

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

SHAH ALAM- Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 05hb Disember 2009 bertempat di Kelab Golf Monterez, Shah Alam, Selangor Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Selangor telah dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam, Perhimpunan Rakan Wajadiri Peringkat Negeri Selangor Tahun 2009. Dalam majlis tersebut seramai 6 orang ahli Silat Cekak Hanafi Selangor telah memperlihatkan satu persembahan bertenaga yang turut mendapat pujian penganjur dan ahli-ahli daripada persatuan lain.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Azman Bin Musa, Pengarah Cawangan Organisasi dan Komuniti Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia & Sukan Malaysia telah dihadiri seramai 110 orang ahli persatuan seni mempertahankan diri negeri Selangor yang merangkumi pelbagai persatuan beladiri termasuk Silat Cekak Hanafi.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam diadakan sebagai tanda pengiktirafan kepada persatuan seni mempertahankan diri negeri Selangor bagi mengenang jasa dan semangat jati diri ahli seni mempertahankan diri dalam memperjuangkan ilmu seni mempertahankan diri kepada remaja khususnya di negeri Selangor. Ini membuktikan Silat Cekak Hanafi masih relevan sebagai platform mendidik remaja masa kini kearah gaya hidup yang lebih sihat dan berilmu.

Persembahan DiRaja

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Seri Menanti, Negeri Sembilan – Pada malam 26hb Oktober 2009 yang lalu, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Negeri Sembilan telah melakar sejarah apabila dijemput untuk bersama-sama memeriahkan program “Malam Menjunjung Kasih” yang diadakan bersempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Seramai hampir 50 orang ahli Silat Cekak Hanafi telah bersama-sama dengan ahli-ahli senibela lain membuat persembahan pembuka dan juga penutup untuk majlis persembahan diraja tersebut.

Disamping persembahan kebudayaan, terdapat satu slot persembahan beladiri telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan disamping dif-dif kehormat yang lain seperti Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Slot khas ini telah diketuai oleh Sdra Saiful Zaimi bin Md Saad (Silat Cekak Hanafi) yang terdiri dari ahli-ahli Ibupejabat dan cawangan Negeri Sembilan PSSCUHM dan Silambam dan juga Wushu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang menjayakan program di atas komitmen yang diberikan. Semoga perjuangan Silat Cekak Hanafi terus subur dan berkembang maju di bumi Negeri Sembilan Darul Khusus.

“Hidup Cekak Hanafi”


Silat Cekak Hanafi di The Star

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Source: rage.com.my
The world around us is changing, and fast. Young people are embracing trends that sometimes change even before we get our heads around them. But even in this shifting social and cultural landscape, some young people are capable of straddling the modern and traditional. ...

Perhimpunan Seni Bela Diri 1Malaysia

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail



Dataran Merdeka, KL - 15 Ogos 2009 yang lalu, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) di bawah pimpinan Guru Utama merangkap Presiden YM Tuan Guru Haji Md. Radzi Bin Haji Hanafi Al-Qadhi telah dijemput oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia untuk bersama-sama di dalam Program Perhimpunan Seni Bela Diri 1Malaysia 2009. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Baca Lagi: Perhimpunan Seni Bela Diri 1Malaysia

Silat Cekak Hanafi Bersama Rakan Media

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Media: Mingguan Sarawak

Tarikh: 16 Ogos 2009

Sila klik di gambar untuk melihat paparan yang lebih besar.

Silat Cekak Hanafi Gegarkan Bumi Kenyalang

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

Kuching, 15 Ogos 2009 - Majlis perasmian Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Hanafi peringkat IPT dan Sekolah telah selamat dirasmikan dengan suasana yang sungguh meriah oleh YB Hj Hamden bin Hj.Ahmad, Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Perlancongan Negeri Sarawak.

Kejohanan ini telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Biro Wanita, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak. Kejohanan ini julung-julung kalinya diadakan di luar semenanjung Malaysia di kepulauan Borneo telah disertai oleh 35 pasukan yang terdiri daripada 23 IPT dan 12 sekolah dari seluruh Malaysia.

Keputusan Penuh Karnival Wajadiri 2009

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail


Berikut merupakan keputusan rasmi Karnival Wajadiri 2009, Kuching, Sarawak:

JUARA KESELURUHAN, ANUGERAH PESILAT TERBAIK DAN ANUGERAH KHAS JURI KEJOHANAN WAJADIRI PERINGKAT IPT/SEKOLAH - SARAWAK 2009

1. JUARA KESELURUHAN SEKOLAH – WANITA
SEK. TUN FATIMAH, JOHOR.

2. JUARA KESELURUHAN SEKOLAH – LELAKI
SEK. MEN. TEKNIK LIKAS, SABAH

Baca Lagi: Keputusan Penuh Karnival Wajadiri 2009



No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang artikel, gambar atau apa sahaja aktiviti berkaitan dengan Silat Cekak yang ingin dihebahkan jangan segan dan jangan silu. Sila hantarkan kepada cekakhanafisdk@gmail.com