"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal

Hyprobulksms

Iktibar dari Al-Quran

Thursday, February 18, 2010

Buletin Cekak Pusat Latihan Sandakan


Salam Sejahtera...apa pendapat anda setelah melihat cover e-buletin Pusat Latihan Silat Cekak Sandakan...

Thursday, February 4, 2010

"BOLEH ELAK PELURU?"

Tajuk di atas itu dari pertanyaan seorang guru tua beladiri kepada penulis. Ia antara pertanyaan ‘gerun’ dan ‘ngeri’ dari golongan guru tua baik dari perguruan silat dan bukan silat ketika dalam pertemuan.

Pertemuan guru-guru berkenaan ibarat menemui permata dan ia sering membuka hati dan minda penulis. Apa jua gerun dan ngeri yang bakal dihadapi sebelum, semasa dan sesudah wawancara guru itu, satu pengalaman dan satu kenangan kepada penulis. Guru tua pertama yang ditemui untuk diwawancara (untuk majalah PENDEKAR) adalah Allahyarham Mahaguru Datuk Meor Abdul Rahman Hashim dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di kediaman beliau di Air Kuning, Taiping, Perak pada tahun 1988. Selepas wawancara, kepala penulis dihentak dengan buluh dan bata sebelum diambil sebagai anak angkat.

Itu contohnya, dari ‘angkara’ anak mahaguru itu iaitu Shazali yang mahukan penulis diuji seperti anak-anak gayong lain.

Masuk tahun 2010, pembaca dan warga beladiri terutama orang muda dirasakan perlu tahu dan berfikir dari apa yang bakal didedahkan setelah penulis menyimpan bukan menyorok pengalaman bersama dan ‘suara hati’ guru tua yang telah ditemui.

Giliran bakal pewaris dirasakan perlu dibukakan minda dan pandangan. Mereka mungkin tidak seperti penulis menemui ratusan guru tua, namun pengalaman menemui permata-permata itu akan dikongsi bersama.

Sejak mula melangkah dari dunia politik ke dunia beladiri tahun 1988 untuk mengasas majalah PENDEKAR, banyak suara hati guru-guru itu disimpan hingga kini, kerana ada yang perlu dibuat kajian, perlu diselidik terlebih dahulu dan disimpan untuk peribadi.

Sebagai contoh tajuk di atas, dalam satu pertemuan hujung 80an, guru tua pernah menanya penulis, bolehkah orang sekarang (ahli beladiri) elak peluru? Penulis diam kerana tiada jawapan walaupun tahu mengenai ilmu ‘peluru petunang’. Guru tua itu dengan nada bersahaja menjawab; “Orang dulu... boleh”.

Penulis seorang wartawan berjawatan Ketua Pengarang Kumpulan dan teruja untuk mendapatkan jawapan, terutama ingin melihat dengan mata sendiri sebagai bukti nyata. Walaupun sudah terdedah dengan dunia beladiri sejak kecil lagi, namun setiap guru ada rahsia tersendiri.

(Waktu di majalah PENDEKAR, penulis bertemu dengan guru-guru seorang diri, tidak seperti sekarang, sering membawa rombongan SENI BELADIRI)

Pendekkan cerita, guru itu bangun sambil mencari pistol mainan (mungkin kepunyaan cucu beliau) di sekitar ruang tamu. Sambil mencari, beliau bersuara lagi; “Nak tengok pisau sejengkal pun boleh di elak.”

Yang pisau sejengkal itu, penulis sudah tahu dari ‘permainan keturunan’ tetapi memberitahu tidak tahu kerana hendak tahu ‘rahsia’ guru itu juga. Sebagai wartawan, kedatangan menemui guru tua seperti membawa cawan kosong.

Setelah menemui pistol mainan dengan beberapa pelurunya, pistol itu diberikan kepada penulis. Dengan berdiri hanya berjarak tiga meter, penulis ‘menembak’ guru tua itu. Tembakan pertama, beliau mengelak dengan bersahaja manakala tembakan kedua, beliau menangkap peluru plastik setengah jengkal itu.

Kemudian diambil pembaris kayu enam inci dan menyuruh penulis memegangnya sambil mengacukan ke perutnya dari jarak sejengkal.

Beliau minta penulis tikam perutnya. Beberapakali ditikam tidak kena kerana beliau mengelak dengan ilmu ‘elak sebutir padi’.

Ilmu unik dari bangsa Melayu yang membuatkan ‘jatuh sah’ pahlawan-pahlawan seperti Tok Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain tidak berilmu kebal. Namun dengan mengamal ilmu-ilmu demikian mereka mampu berdepan senjata api.

Begitu kisah pertemuan itu. Guru tua itu tidak mahu lagi menyimpan ilmu peringkat tertinggi. Hendak diberikan kepada murid beliau, diberitahu belum ada yang layak. Dirasakan molek, ditunjuk dan dikhabar rahsianya kepada penulis kerana memandangkan usia beliau makin dimamah.

Itupun sebelum diberikan, penulis disoal siasat asal-usul keturunan tok empat, lapan moyang. Bila diberitahu, terus dapat ilmu, bukan satu atau dua tetapi...

Tahun 80an, kisah-kisah pahlawan Melayu menentang penjajah Inggeris, Jepun dan komunis yang tidak dibukukan disampaikan kepada penulis. Pahlawan yang diceritakan itu terdiri samada dari datuk guru itu, atau ayah beliau atau guru kepada guru itu.

Cara mana atau strategi apa yang dipakai untuk menewaskan musuh negara diceritakan. Sememangnya tidak dapat ditulis oleh penulis dalam majalah kerana sudah melakukan ‘perjanjian’, namun kalau menonton filem Patriot lakonan Mel Gibson. Begitulah cara pahlawan Melayu berdepan musuh negara.

Bersambung


Sumber dipetik dari http://senibeladiri.com.my

Wednesday, February 3, 2010

Beladiri apa yang sesuai?

Salam satu Malaysia...

Semalam kita membicarakan pentingnya mempelajari senibeladiri dan mungkin ada pembaca yang sedar pentingnya mempelajari seni pertahanan diri. Sekarang timbul persoalan apa seni pertahanan diri yang sesuai untuk diri sendiri. Soalan ini begitul global untuk menjawabnya. Jawapannya mudah tanya diri sendiri mengikut kemampuan masing-masing. Ada diantara pembaca mungkin tertanya-tanya apakah saranan yang terbaik untuk mempelajari sesuatu senibeladiri. Saya bukanlah mereka yang pakar untuk menjawab persoalan ini tetapi mengikut pengalaman dan pengetahuan saya yang tak cukup ini rasa-rasanya ramai yang setuju jika saya katakan memilih senibeladiri yang sesuai adalah dengan memilih senibeladiri yang boleh diguna pakai semasa dalam situasi sebenar iaitu situasi pergaduhan sebenarnya. Beladiri tersebut mestilah mempunyai teknik yang mudah dan ringkas serta effisien menjatuhkan pihak lawan atau musuh dengan pantas. So apakah beladiri tersebut? Nak tahu kena korban masa dan tenaga untuk mengkaji setiap beladiri tetapi harus diingat jangan terlalu lama mengkaji....

Boleh dikatakan semua beladiri di dunia ini adalah baik. Masing-masing mempunyai pro dan kontra. Ada setengah beladiri beranggapan bahawa berkuda-kuda itu baik dan ada setengah beladiri berdiri tanpa berkuda-kuda itu yang terbaik dan ada pula yang menekankan kepada penggunaan kaki untuk menewaskan musuh dengan sekali tendang sahaja tetapi ada pula beladiri yang tidak menekankan penggunaan kaki untuk menyerang memadai penggunaan kaki tersebut tidak melepasi paras pinggang. Bermacam-macam pendapat samada yang menyokong atau menyangkal tetapi apa yang penting ialah beladiri tersebut boleh diguna pakai semasa darurat. Jika teknik hebat pun tetapi pengamal beladiri tersebut tidak dapat menggunakan sebaiknya takde gunanya juga. Ini memerlukan kemahiran dan kemahiran tersebut bukan dapat diperolehi dengan hanya datang semasa latihan tetapi latihan haruslah dilakukan seharian agar teknik yang diguna pakai menjadi sebati dengan diri. Jangan nanti tak pandai menari dikatakan lantai tidak rata. Itu semua alasan padahal hakikatnya adalah MALAS.

Tepuk dada tanya selera. Beladiri mana yang terbaik untuk diri anda. Jika anda mahukan senibeladiri yang lasak seperti ada unsur-unsur "stunt" maka banyak boleh diperoleh sama ada dari luar atau dalam negeri. Jika anda menghendaki senibeladiri yang menekankan kelembutan disamping kekerasan pun ada. Pilih sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana Malaysia memiliki berbagai-bagai jenis senibeladiri tidak kira dari luar seperti tomoi, karate, tae kwon do dan sebagainya yang telah lama bertapak di Malaysia. Negara kita sering dilawati sama ada sensei atau master dari luar. Mereka ini datang semata-mata untuk melawat kelas disamping mempromosi senibeladiri mereka kepada rakyat Malaysia. Tarikan dan sokongan dari rakyat Malaysia amat menggalakkan. Dalam kita membanggakan senibeladiri luar namun kita lupa sebenarnya Malaysia memiliki satu khazanah beladiri Melayu yang tak terkalah dan tidak kurang hebatnya. Koleksi beladiri Malaysia khususnya orang Melayu atas nama SILAT sahaja memiliki berbagai-bagai jenis dan pecahannya. Terserah kepada kita mana satu yang harus dipelajari, tetapi harus diingat pastikan ianya yang original tidak bercampur dengan beladiri luar negara dan yang paling penting tiada unsur-unsur khurafat dan tahyul dalam pelajaran beladiri tersebut.

Harus diingat mempelajari beladiri adalah disertakan dengan niat mahu belajar dan dapat diguna pakai ketika darurat dan bukannya untuk menjadi hebat atau tujuan membangga diri untuk menjadi orang kuat. Jika anda ingin menjadi hebat maka carilah senibeladiri yang dapat memecahkan gunung, membelah lautan dan sebagainya, tetapi jika sekadar ingin mempelajari beladiri untuk pertahanan diri maka memadai mempelajari pelajaran yang paling sample dan berkesan menjatuhkan musuh dengan hanya menggunakan tenaga minima yang mungkin.

Kesenian perlu diambil kira semasa memilih senibela diri yang sesuai untuk diri anda. Seni maksudnya suatu benda yang halus atau mikro. Ianya tersirat dan bukannya tersurat. Kita hanya merasai dan melihat kesenian suatu senibeladiri itu dengan hanya membenarkan diri kita mempelajari seni pertahanan diri tersebut. Antara ciri-ciri dikatakan seni itu ialah beladiri tersebut tidak menggunakan tenaga atau kekuatan yang banyak atau sama dengan kekuatan musuh untuk menjatuhkan pihak lawan. Memadai dengan kekuatan yang paling minimum. Apa yang penting kesenian dari segi pergerakan. Hanya dengan pergerakan sedikit sahaja musuh dah jatuh. Benarkah...?

Tuesday, February 2, 2010

Visi, Misi & Matlamat

Matlamat

Melahirkan generasi berilmu, bersemangat dan bijaksana


Visi


"Satu Malaysia Satu Silat"

"Peneraju Silat Pantai Timur Sabah"


Misi


Berdakwah dan bermujahadah melalui media silat

Menerapkan kekuatan jasmani dan rohani dalam bersilat

Menjadi peneraju seni silat yang terulung di Sandakan

Memartabatkan dan Mendaulatkan seni budaya pusaka bangsa melayu

Menentang perkara-perkara khurafat dan tahyul dalam sistem pembelajaran seni silat asli melayu

Melahirkan generasi pesilat yang cintakan ilmu dan mengamalkan ilmu silat untuk diterapkan di dalam kehidupan seharian


Sejarah Pusat Latihan

Pusat Latihan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Sandakan atau nama sinonimnya dikenali sebagai PLSSCUHS merupakan satu-satunya pusat latihan Silat Cekak yang bertempat di Sandakan, Sabah. Dibuka pada bulan Mei 2005 dan masih aktif sehingga kini. Sehingga kini pengambilan ahli baru dan majlis ijazah yang telah di adakan sebanyak 20x.

Keahlian Silat Cekak sehingga kini dicatatkan seramai 50 orang dan 10 aktif sebagai tenaga pengajar, pembantu jurulatih dan pembantu jurulatih percubaan serta member tamat. PLSSCUHS kini mempunyai 2 kelas yang aktif dan 1 kelas tidak aktif.

Antara kelas-kelas yang masih aktif adalah kelas SMK Sandakan bertempat di SMK Sandakan. Sekolah tersebut telah melahirkan 10 budak tamat


Jika anda mempunyai sebarang artikel, gambar atau apa sahaja aktiviti berkaitan dengan Silat Cekak yang ingin dihebahkan jangan segan dan jangan silu. Sila hantarkan kepada cekakhanafisdk@gmail.com