"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal

Hyprobulksms

Iktibar dari Al-Quran

Wednesday, February 3, 2010

Beladiri apa yang sesuai?

Salam satu Malaysia...

Semalam kita membicarakan pentingnya mempelajari senibeladiri dan mungkin ada pembaca yang sedar pentingnya mempelajari seni pertahanan diri. Sekarang timbul persoalan apa seni pertahanan diri yang sesuai untuk diri sendiri. Soalan ini begitul global untuk menjawabnya. Jawapannya mudah tanya diri sendiri mengikut kemampuan masing-masing. Ada diantara pembaca mungkin tertanya-tanya apakah saranan yang terbaik untuk mempelajari sesuatu senibeladiri. Saya bukanlah mereka yang pakar untuk menjawab persoalan ini tetapi mengikut pengalaman dan pengetahuan saya yang tak cukup ini rasa-rasanya ramai yang setuju jika saya katakan memilih senibeladiri yang sesuai adalah dengan memilih senibeladiri yang boleh diguna pakai semasa dalam situasi sebenar iaitu situasi pergaduhan sebenarnya. Beladiri tersebut mestilah mempunyai teknik yang mudah dan ringkas serta effisien menjatuhkan pihak lawan atau musuh dengan pantas. So apakah beladiri tersebut? Nak tahu kena korban masa dan tenaga untuk mengkaji setiap beladiri tetapi harus diingat jangan terlalu lama mengkaji....

Boleh dikatakan semua beladiri di dunia ini adalah baik. Masing-masing mempunyai pro dan kontra. Ada setengah beladiri beranggapan bahawa berkuda-kuda itu baik dan ada setengah beladiri berdiri tanpa berkuda-kuda itu yang terbaik dan ada pula yang menekankan kepada penggunaan kaki untuk menewaskan musuh dengan sekali tendang sahaja tetapi ada pula beladiri yang tidak menekankan penggunaan kaki untuk menyerang memadai penggunaan kaki tersebut tidak melepasi paras pinggang. Bermacam-macam pendapat samada yang menyokong atau menyangkal tetapi apa yang penting ialah beladiri tersebut boleh diguna pakai semasa darurat. Jika teknik hebat pun tetapi pengamal beladiri tersebut tidak dapat menggunakan sebaiknya takde gunanya juga. Ini memerlukan kemahiran dan kemahiran tersebut bukan dapat diperolehi dengan hanya datang semasa latihan tetapi latihan haruslah dilakukan seharian agar teknik yang diguna pakai menjadi sebati dengan diri. Jangan nanti tak pandai menari dikatakan lantai tidak rata. Itu semua alasan padahal hakikatnya adalah MALAS.

Tepuk dada tanya selera. Beladiri mana yang terbaik untuk diri anda. Jika anda mahukan senibeladiri yang lasak seperti ada unsur-unsur "stunt" maka banyak boleh diperoleh sama ada dari luar atau dalam negeri. Jika anda menghendaki senibeladiri yang menekankan kelembutan disamping kekerasan pun ada. Pilih sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana Malaysia memiliki berbagai-bagai jenis senibeladiri tidak kira dari luar seperti tomoi, karate, tae kwon do dan sebagainya yang telah lama bertapak di Malaysia. Negara kita sering dilawati sama ada sensei atau master dari luar. Mereka ini datang semata-mata untuk melawat kelas disamping mempromosi senibeladiri mereka kepada rakyat Malaysia. Tarikan dan sokongan dari rakyat Malaysia amat menggalakkan. Dalam kita membanggakan senibeladiri luar namun kita lupa sebenarnya Malaysia memiliki satu khazanah beladiri Melayu yang tak terkalah dan tidak kurang hebatnya. Koleksi beladiri Malaysia khususnya orang Melayu atas nama SILAT sahaja memiliki berbagai-bagai jenis dan pecahannya. Terserah kepada kita mana satu yang harus dipelajari, tetapi harus diingat pastikan ianya yang original tidak bercampur dengan beladiri luar negara dan yang paling penting tiada unsur-unsur khurafat dan tahyul dalam pelajaran beladiri tersebut.

Harus diingat mempelajari beladiri adalah disertakan dengan niat mahu belajar dan dapat diguna pakai ketika darurat dan bukannya untuk menjadi hebat atau tujuan membangga diri untuk menjadi orang kuat. Jika anda ingin menjadi hebat maka carilah senibeladiri yang dapat memecahkan gunung, membelah lautan dan sebagainya, tetapi jika sekadar ingin mempelajari beladiri untuk pertahanan diri maka memadai mempelajari pelajaran yang paling sample dan berkesan menjatuhkan musuh dengan hanya menggunakan tenaga minima yang mungkin.

Kesenian perlu diambil kira semasa memilih senibela diri yang sesuai untuk diri anda. Seni maksudnya suatu benda yang halus atau mikro. Ianya tersirat dan bukannya tersurat. Kita hanya merasai dan melihat kesenian suatu senibeladiri itu dengan hanya membenarkan diri kita mempelajari seni pertahanan diri tersebut. Antara ciri-ciri dikatakan seni itu ialah beladiri tersebut tidak menggunakan tenaga atau kekuatan yang banyak atau sama dengan kekuatan musuh untuk menjatuhkan pihak lawan. Memadai dengan kekuatan yang paling minimum. Apa yang penting kesenian dari segi pergerakan. Hanya dengan pergerakan sedikit sahaja musuh dah jatuh. Benarkah...?

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang artikel, gambar atau apa sahaja aktiviti berkaitan dengan Silat Cekak yang ingin dihebahkan jangan segan dan jangan silu. Sila hantarkan kepada cekakhanafisdk@gmail.com