"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal

Hyprobulksms

Iktibar dari Al-Quran

Sunday, January 3, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM PERHIMPUNAN RAKAN WAJADIRI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2009

Perhatian: akan membuka tetingkap baru. PDFCetakE-mail

SHAH ALAM- Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 05hb Disember 2009 bertempat di Kelab Golf Monterez, Shah Alam, Selangor Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Selangor telah dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam, Perhimpunan Rakan Wajadiri Peringkat Negeri Selangor Tahun 2009. Dalam majlis tersebut seramai 6 orang ahli Silat Cekak Hanafi Selangor telah memperlihatkan satu persembahan bertenaga yang turut mendapat pujian penganjur dan ahli-ahli daripada persatuan lain.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Azman Bin Musa, Pengarah Cawangan Organisasi dan Komuniti Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia & Sukan Malaysia telah dihadiri seramai 110 orang ahli persatuan seni mempertahankan diri negeri Selangor yang merangkumi pelbagai persatuan beladiri termasuk Silat Cekak Hanafi.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam diadakan sebagai tanda pengiktirafan kepada persatuan seni mempertahankan diri negeri Selangor bagi mengenang jasa dan semangat jati diri ahli seni mempertahankan diri dalam memperjuangkan ilmu seni mempertahankan diri kepada remaja khususnya di negeri Selangor. Ini membuktikan Silat Cekak Hanafi masih relevan sebagai platform mendidik remaja masa kini kearah gaya hidup yang lebih sihat dan berilmu.

No comments:

Post a Comment

Jika anda mempunyai sebarang artikel, gambar atau apa sahaja aktiviti berkaitan dengan Silat Cekak yang ingin dihebahkan jangan segan dan jangan silu. Sila hantarkan kepada cekakhanafisdk@gmail.com